Wednesday, 14 November 2012

Aku Mahu Kau Tahu Isi Hati Aku..


     Aku mahu kau tahu apa yg ada di sudut kecil hati aku.. Bagi kamu itu semua tidak penting.. Tapi bagi aku,itu semua penting kerana aku tidak tahu bagaimana ingin aku luahkan dekat kau.. Dengan membuat entry kali ini,aku harap mata kau terbuka akan apa yg akan aku luah kan dekat kau.. Aku harap kau faham..


     Aku mahu kau bahagiakan aku sama seperti pasangan2 bercinta yg lain.. Pernah terdetik rasa cemburu dalam hati aku bila melihat pasangan2 bercinta yg lain bahagia,dan saling membahagiakan antara satu sama lain.. Aku cemburu.. Betul2 cemburu.. Aku mengharapkan lebih dari kau..Tapi kau hanya tahu apa yg kau nak,then kau mula berubah.. Berubah tak sama seperti dulu..


     Aku bahagia bila aku tengok kau bahagia.. Aku berusaha untuk membahagiakan kau.. Tidak pernah aku terlepas pandang apa keperluan kau setiap hari,setiap detik dan juga setiap saat.. Aku juga berusaha untuk memberikan apa sahaja yg kau perlukan.. Tidak kira dari segi kewangan atau hadiah2 malah kasih sayang dan perhatian untuk kau.. Tapi,kau tidak pernah beusaha untuk membahagiakan aku untuk semua itu.. Kau tidak pernah amik tahu apa yg aku perlukan,apa yg insan bergelar seorang lelaki perlukan.. Hanya belaian dan kasih sayang dari kau.. Itu je.. Cukup bagi aku..


     Aku tahu siapa diri aku.. Aku sedar aku jahil dalam agama,aku tidak pandai nak kawal diri aku.. Tapi aku dah cuba,cuba untuk kawal semua tu.. Tapi mungkin itu kelemahan diri aku,tidak semua org sempurna.. Yupp,memang tidak semua sempurna.. Tapi aku harap sangat2 kau terima segala kelemahan aku.. Aku mahu kau tahu,aku memang tidak sempurna,kau juga sama.. Tapi aku dah terima segala kelemahan kau.. Hanya untuk diri aku,hanya untuk membuka pintu hati aku dan terus kunci diri kau dalam hati aku..


     Kau patut tahu kenapa aku selalu tukar password tu,hanya untuk ingatkan kau yg aku selalu ambil kisah tentang kau bila kita ada terselisih faham.. Aku mahu kau tahu yg kau masih terikat pada hubungan kita even kita gadoh besar mana sekali pun.. Entahlah,tapi kau marah2 aku.. Segala kata2 cacian yg kau hamburkan terhadap aku.. Kau tak pernah nak bagi peluang untuk aku menjelaskan niat sebenar aku.. Kau hanya tahu diri kau dan keperluan kau..


     Aku nak tanya kau.. Pernah ke kau bagi hadiah2 yg mahal untuk aku..?? Pernah ke kau korbankan masa untuk bersama aku..?? Pernah ke kau betul2 buat aku mengukir senyuman yg xdapat diluahkan di wajah aku..?? Pernah ke kau mengajak aku keluar dan meluangkan masa dengan kau..?? Aku tak mengharapkan semua tu,sebab aku tahu kemampuan kau.. Sebab aku dah lama kenal kau.. Aku tahu apa yg kau perlukan,n apa yg aku perlukan yg kau mampu tunaikan.. Aku xmampu nak menyusahkan kau,sebab aku xsanggup nk menyusahkan hidup kau..


     Aku mahu kau jadi suri dalam hati aku.. Segala perancangan sudah aku rancang.. Segala perbincangan dengan family aku sudah aku bentangkan dah lama dulu.. Tapi,kau dengan family kau dah kutuk aku.. Kutuk benda2 yg bukan2.. Caci maki aku.. Ape perasaan kau..?? Ape perasaan kau bila family2 kekasih kau yg kau sayang dan cinta duk kutuk2,caci maki kau sedangkan kau ada niat yg baik dalam hubungn kau dan kekasih kau tu..?? Kau malu,kau rasa down,kau rasa separuh hidup kau dah hancur.. Segala perancangan sudah hancur.. Itu jugalah yg aku rasa sekarang,. Tapi aku akan berusaha jugak untuk tambat hati family2 kau,agar diorang bangga dengan aku.. Hanya masa yg akan menentukan.. Tapi,ajal aku belum tahu bila kan,.?? Biarlah itu cerita lama..


     Ape yg aku harapkan dari kau..?? Aku harap kau berubah macam aku mula2 kenal dan macam sebelum krisis hubungan kita ni bergolak.. Aku harap semua tu.. Aku faham kau dah nak final,busy.. Tapi masih kau ingat bila kita wat final projek kau sama2? Kau tanya macam2 ngn aku tentang idea2.. Aku suka saat itu.. Hmmm.. Aku harap kau tahu isi hati aku selepas baca entry aku kali niy.. Aku harap sangat2,. Tak apa lah.. Password kau aishiteru..