Friday, 15 June 2012

Sesaat Kau Datang.. Sesaat Kau Hilang..

                
       Sesaat kau datang,sesaat kau hilang.. Begitulah kata Ramlah Ram.. Post ini adalah ditujukan buat diriku.. Diriku yg bodoh,yg mempercayakan cinta.. Sesaat si dia datang dlm hidup ku,dan sesaat jua dia telah meninggalkan aku.. Jika cinta hadir dlm hidup korang,janganlah korang bagi 100% cinta anda kpd pasangan anda.. Kerana hal ini akan membuatkan anda derita..

       Perkara yg paling indah adalah cinta.. Tetapi,perkara yg paling menyakitkan juga adalah cinta.. Berwaspadalah.. Terlajak kereta boleh reverse,terlajak menyayangi merana hidup.. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cinta yg amat terhadap pasangan,hal ini akan mengubah keseluruhan hidup anda.. Aku pernah merasainya.. Pentingkan diri anda.. Bukan pentingkan pasangan anda.. 

       Wahai sahabat.. Aku ingin berkongsi satu pepatah yg pernah aku baca di google,iaitu.. "Cintailah orang yg lebih mencintai diri anda".. Aku rasa pepatah ini sangat sesuai dengan diri aku dalam mencari pasangan hidup yg seterusnya.. Yg amat menyayangi aku,yg amat mengambil berat terhadap aku,yg amat mementingkan diri aku dari diri dia sendiri,bahkan yg amat mencintai aku.. Aku akan berpegang kpd prinsip ini pada masa akn datang.. 

       Wahai wanita.. Tidak semua lelaki akn jujur dlm 1 hubungan yg terjalin.. Lelaki yg betul2 mghargai anda hanya ada dlm 1 dalam 1000.. Bila dia sangat menghargai diri anda,kau peganglah hati sang lelaki itu.. Kau siramlah hati dia dengan kasih syg.. Tidak semua lelaki hidung belang,tidak semua lelaki buaya darat.. Dan tidak semua lelaki boleh menyayangi anda bagai nyawa diri dia sendiri..

       Wahai wanita.. Tidak kah kau tahu yg lelaki seperti ini senang menggugurkan air mata nya tatkala dirinya terluka..?? Tidak kah kau tahu bhawa lelaki seperti ini yg akn mendidik dan menjaga mu di alam rumah tangga nanti..?? Tidak kah kau tahu lelaki seperti ini yg akan membuka pintu syurga untuk mu..?? Sedarlah wahai kaum Hawa.. Tidak semua Adam yg engkau puja itu akan membahagiakan kamu.. 

       Hawa,jika kau rasa adam itulah yg memberikan rusuknya untuk mu,kau hargailah diri dia.. Jika kau rasa Adam itulah yg layak menjadi bapa kepada anak2 mu,kau sayangilah diri dia.. Jika kau rasa Adam itulah yg akan mengheret mu ke pintu syurga,kau taatlah kepada diri dia.. Sayangilah pasangan anda,sebelum terlambat.. Kaum Adam di luaran  terselah kegagahan diri dia,tetapi sesetengahnya mmpunyai hati kecik.. Yg xmampu menanggung rasa kecewa.. 



#NAZIA

No comments:

Post a Comment